Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Saturday, December 5, 2020

Pyrex Chelsea 2015: Edit (ditulis pada 23/2/2016)

Orang kata hiaslah kehidupan kita dengan apa yang kita suka. Kelilingkan apa yang kita suka di sekeliling kita. Supaya kita suka akan kehidupan kita (itu yang penting). 

Saya tambah pula satu perkara lagi iaitu jadilah diri kita sendiri. Maksud saya kumpulah apa yang kita suka di sekeliling kita. Janganlah sebab jiran kita kumpul PML, kita yang tak minat ni terus kumpul juga. Itu namanya mangkuk hayung. (tapi mungkin lama-lama kita jadi minat apabila mengumpulnya)

Kini mengumpul PML- Pyrex Chelsea sudah menjadi hobi saya. 

Dulu koleksi Chelsea saya hanya sedikit. Sila lihat almari di bawah. Saya letak koleksi Chelsea paling bawah. Ada empat cawan sahaja.


Gambar 1: Koleksi Pyrex Chelsea paling bawah

Mengumpul PML sudah menjadi aktiviti yang menarik dalam hidup saya. Saya suka menatap PML di almari kaca saya, di atas meja dan di rak saya. PML ada di mana-mana...walaupun di bilik tidur. Haa

Bila lihat saya tersenyum gembira seolah anak teruna desa yang pertama kali mendapat senyuman mesra dari pelayan bar kota yang gedik. Tidak tahu bagaimana saya mahu ceritakan, hanya yang alaminya sahaja memahaminya. Namun saya tidaklah pula ke bar...dan saya bukanlah anak teruna lagi...

Kini koleksi Chelsea saya semakin membiak (sila rujuk gambar 2 di bawah). Saya keluarkan semua PML lain dan penuhinya dengan hanya Chelsea.

Gambar 2: Pyrex Chelsea mendominasikan almari.

Kalau dilihat gambar di atas, koleksi saya masih tidak mencukupi. Contohnya saya hanya mempunyai empat pasang cawan dan piring. Saya masih tidak ada beberapa jenis pinggang mangkuk lagi. Contohnya saya tidak ada mangkuk kecil, bekas kueh bulat kecil, mangkuk saiz besar, mangkuk bujur dan beberapa jenis lagi yang mungkin saya tidak tahu kewujudannya.

Emak saya beritahu pinggang mangkuk kalau tak guna berdosa. Sebenarnya saya juga menggunakan sebahagian dari pyrex ini sebagai kegunaan di dapur. Terutama apabila saya buat rumah terbuka (tapi tertutup).

Saya harap apabila saya mati nanti, PML saya dijaga oleh ahli keluarga yang tahu menghargainya. Namun sekali fikir saya tak perlu fikir apa yang akan terjadi di dunia ini selepas saya mati kerana saya dah mati.

Kan...

No comments:

Post a Comment