Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Thursday, August 29, 2013

Buku untuk dijual: Wujud (Suhaimi Haji Muhammad) (SOLD)

Muka depan

SOLD

Tajuk buku: Wujud

Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Suhaimi Haji Muhammad
Terbitan: Tempo Publishing (Kumpulan Syarikat Penerbitan Delta)
Cetakan: Pertama  (1997)
Bil m/s: 293. (tebal jugak gayanya)
Usia buku: 16 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my

Buku ini mengandungi lebih 200 buah puisi yang berunsur ketuhanan dan agama. Saya memang suka membaca puisi ketuhanan dan agama. Walaupun kadang-kadang tidak memahami maksud tersirat saya cuba juga. Saya tak naklah `makan' makanan yang picisan, kena laj uga beri makanan berzat pada minda.

Suhaimi ini adalah digelar penyair sufi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau juga salah seorang pemenang S.E A Write Award 1995.



Suhaimi haji Muhammad

Wujud, merupakan kumpulan puisi Suhaimi yang ditulis dalam jangka 15 tahun, dari 1980 hingga 1995. Suhaimi secara peribadi menganggap Wujud sebagai sebuah karyanya yang paling penting, yang mengarap hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan tuhannya, dan berbicara tentang hidup-mati dann cinta, dan tentang hidup yang penuh ketenangan dan kedamaian.

Saya petik satu puisi...bertajuk:

Hanya Allah

tiada yang lain
tiada yang kulihat kulihat Allah
tiada yang kudengar kudengar bisikan Allah
tiada yang kupakai kupakai pakaian Allah
tiada yang kucium kucium mawar Allah
tiada yang kuterjemah kuterjemah diri Allah
tiada yang lain kecuali allah
di sini tiada yang berjalan melainkan Allah berjalan
di sini tiada yang bekerja selain Allah bekerja
tiada yang terbang melainkan Allah terbang
di sini tiada yang melihat melainkan allah melihat
tiada yang lain di sini
pabila kulihat laut kulihat Allah
pabila kulihat gunung kulihat Allah
sejauh mana kau melihar?
kau kalau menyaksi seperti aku menyaksi
kau kalau menterjemah seperti aku menterjemah
kau pun pasti takkan ragu pada-Nya
kau pun sampai sesaf aku
kau sama setingkat aku
kalian mandi tak henti-henti sepertiku
kau pun tenggelam dan lemas
sepertiku

daripada m/s:246.

belakang

Buku ini tebal dan banyak puisi syahdu, bolehlah kita membaca sambil tergolek atas katil dan merenungi dinding bilik. Dan bertanya diri dari mana dan hendak ke manakah kita ini? Dan dalam perjalanan yang suci ini adakah kita membuat sesiapa yang parah terluka? Haa...

Jan:... maafkan aku yang tersesat ini, penuh noda menari dalam nanah duka... Ampunilah belaka...

No comments:

Post a Comment