Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Thursday, August 29, 2013

Buku untuk dijual: Bintang Mengerdip


 Ada gambar bintang mengerdip di muka hadapannya.

 Buku ini kecil saiz versi puisi. (cuba banding dengan kunci dan kakileter tersebut, haaa)

 Ada cop peperpustakaan saya, saya namakan mini library saya sempena nama ayah saya.


Ada juga cop fakulti saya, saya beli buku ini semasa saya di UM.


Tajuk buku: Bintang Mengerdip
Oleh: Dharmaijaya (penyelenggara)
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetaskan: Kedua (1986)
Bil m/s:75.
Usia buku: 27 tahun.
Harga jualan: RM35


Semalam sebelum tidur, saya membaca puisi kepada diri saya. Puisi A.Samad Said.

Tiba-tiba saya rasa mahu menjual buku ini. Saya amat menyukai buku ini kerana banyak puisi yang indah-indah yang dihasilkan oleh penyair-penyair terkenal. Saya harap buku ini dapat `menyukai' daripada orang lain pulak.

Bintang Mengerdip ini memuatkan 64 puisi pilihan karya 25 penyair Malaysia yang terkenal. Prof Mohd Taib Osman (yang memberikan kata `Pengantar' antologi ini) dan Dharmawijaya (penyelenggara antologi ini) kedua-duanya pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sasatera dan Sains Sosial.

Antara penyair yang terlibat ialah A. Samad Said, A Latif Mohidin,Siti Zainon Ismail, Usman Awang, T. Alias Taib,Zaihasra dan banyak lagi penulis terkenal.

Antara puisi/sajak yang saya minat ialah:

Tetamu Senja ~ A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said (m/s: 4)

Ringkasnya puisi ini mengenai kehidupan kita sebenarnya singkat sahaja, jangan dok galok 24 jam, jangan lupa diri...


Jan: Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di jankaulu@yahoo.com.my

Buku untuk dijual: Royan (Arena Wati) (SOLD)


SOLD

Cop nama saya di hadapan 

Cop mini library saya di belakang...



Sold

Tajuk buku: Royan 
Oleh: Arena Wati 
Terbitan: Teks Publishing Sdn Bhd.
Cetaskan: Pertama (1980)
Dicetak: Penerbit Universiti Malaya
Bil m/s: 553.
Usia buku:  33 tahun.
Harga jualan: RM25.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my


Sold


Buku ini saya baca pada awal tahun 1990an, saya membelinya ketika saya menuntut di Universiti Malaya. Buku kesusateraan lama sebegini sudah tidak dijual di pasaran (kecuali la ada penerbit mahu keluarkan semula). Mungkin kita kena pergi ke kedai buku terpakai kalau mahu memilikinya, kalau ada kira nasib baiklah.

Sekarang kalau kita mahu membacanya kita kenalah pergi ke perpuatakaan. Dan pastinya buku ini dibukus rapi dan dijaga dengan baik. Mungkin sebab kandungannya bukanlah seperti novel pisiciang yang berlambak di pasaran. Ia ditulis oleh sasterawan negara kita Muhammad Dahlan bin Abdul Biang (1925 -2009).

Sasterawan negara ke 5, Dr Arena Wati.

Namun untuk ke perpustakaan amat meremehkan. `Tok dang la' (tak cukup masa la), letih la (kalau ke shopping komplek bukan main segar, he he he) dan kononnya berbulu mata kerana perpustakaan daerah dipenuhi oleh pasangan remaja yang datang bukannya untuk membaca atau mengulang kaji pelajarang tetapi mengejas atau bertemu rindu.

Kita kembali kepada tajuk posting. Buku ini mengenai cerita peneroka-peneroka di negeri Sabah. Apabila kawasan sudah maju maka masuklah sesuatu yang baru seperti arak, dan gaya hidup yang tidak senonoh dan seiringan dengan orang kita budaya kita.

Banyak budaya masyarakat Khadazan-Dusun diketengahkan. Banyak budaya positif yang digunapakai. Contohnya adalah sangat dilarang seorang anak gadis tangannya dipegang. Haaa... Sekarang berbezakan, sekarang pergaulan bebas sangat berleluasa depan mata. Saya pernah tengok pasangan remaja buat `drama' di tepi jalan semasa menunggu bas... semua orang perati dan juehkan mulut... Pasangan tersebut buat `dek' jea.

Kalau anak dara dipegang tangan, ayahnya didenda dengan kerbau atau babi. Haa... sekarang? Malaslah nak cakap...

Jan: Ku hanya ingin memegang hatimu, memeluk jiwa mu...tidur di dada rindumu... (huh!)

Buku untuk dijual: How Our Laws Are Made

Antara buku perundangan terawal zaman moden




Tajuk buku: How Our Laws Are Made
Oleh: Datuk, Justice Hashim Yeop A. Sani (DPMJ., JMN., B.A, Bar-at-Law.
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetaskan: Pertama (1974)
Dicetak: Penerbit Universiti Malaya
Bil m/s: 77.
Usia buku:  45 tahun.
Harga jualan: RM65. (Tidak termasuk pos)




Ada gambar parliment

Keistimewaan buku ini ialah ia ditulis oleh Datuk Justic Hashim Yeop A. Sani dan ia adalah cetakan pertama. Beliaulah yang menjadi hakim dalam pembicaraan kes pembunuhan bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib yang telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim. Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.

Ayah saya beritahu Datuk Hasyim Yeop Sani memutuskan untuk menerima keterangan yang ada atas sabitan salah walaupun peluru tidak ditemui dan senjata telah dilaporkan hilang beberapa minggu sebelum tragedi itu berlaku. 


Booo jealah kan, sebab buku ini bukan pasal pembunuhan tersebut. Namun ada buku yang diterbitkan mengenai kes pembunuhan ini. Mungkin hanya ada satu, dua sahaja di Malaysia ini. Sebabnya? Saya berpendapat rakyat malaysia pada masa tersebut daya pembelian buku masih rendah. Ataupun ada beli tapi hilang...kawan pinjam dan akhirnya buat harta sendiri. Lepas itu kawan yang pinjam itu, hilangkan! Haaa .Jangan marah.


Saya letak CD Kak Pah sebagai perbandingan saiz buku 

Buku ini bersaiz kecil sahaja, ditulis dalam bahasa Inggeris dan saya membelinya sebab ia ringkas dan mencakupi banyak perkara. Contohnya pasal `The National Language Act 1967'. Ia menerangkan pasal latarbelakang, kesan dan `Bills in parliment after the passing of the National language Act,1967.

Saya beli buku ini kerana saya nak belajar dan nak tahu pasal undang-undang sebab saya mahu menjuruskan sarjana saya dalam bidang pentadbiran awan. Walaupun tiada subjek khusus pasal undang-undang yang saya belajar di UM, saya rasa saya perlu ada latar belakang perundangan. Walaupun sikit sahaja. He he he. Tak kan semua nak suruh pensyarah ajar. Kan?

KandunganXiii dan di belakang xiv

Dan antara sebab yang penting ialah buku ini nipis. He he he.

Saya rasa tibalah masanya saya berpisah dengan buku ini. Tiada yang kekal di dunia ini melainkan allah. Lagipun saya sudah miliki buku undang-undang yang lain. Yang lebih tebal dan mencakupi lebih banyak bidangnya. yang kalau saya hempok kat kucing jiran, mungkin patah riuk dan mati. Yang pabila saya baca boleh ketiduraan...he he he.

Mungkin ada peminat buku undang-undang yang mengumpul buku undang-undang yang mungkin tertarik dengan buku ini. Ada kawan saya yang suka mengumpul buku masakan (kumpul saja masaknya tidak) maka saya rasa tidak mustahil di Malaysia ini ada juga insan yang kaki kumpul buku undang-undang termasuk yang lama-lama.Termasuk Hukum Kanum Melaka? Haa...

Sekian sahaja, tanpa undang-undang kita seolah tidak bertamadum...tak berbaju... Emmm....

Jan: Kuundang-undangkan hatiku, kuperaturankan jiwa ragaku untuk tidak percayai makhluk berkaki dua, yang pandai menggoda, pandai berpura...depan mata (pulak dah...)

Buku untuk dijual (puisi): Keindahan yang hilang - Shamsuddin Jaafar

Kulit depan

Kulit belakang






Tajuk buku: Keindahan yang hilang 
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Shamsuddin Jaafar 
Prakata: Datuk A Samad Said
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetaskan: Pertama (1992)
Bil m/s:97.
Usia buku: 27 tahun. (2019)
Harga jualan: RM35.

Ada cop nama dan fakulti saya


Gambaran saiz buku


Buku untuk dijual: Salam Benua (Usman Awang)

Salam benua = Greetings to the continent
SOLD

Tajuk buku: Usman Awang: Salam Benua: Greetings to the continent
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Usman Awang 
Prakata: Rahman Shaari 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: kedua  (1986)
Bil m/s: 95.
Usia buku: 27 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my



kulit belakang


Diterjemahkan  sebelah menyebelah

Buku ini mengandungi kumpulan puisi kemanusiaan Usmang Awang. Beliau juga terkenal dengan nama Tongkat Warrant, Setiabudi, dan Atma Jiwa. Beliau banyak memcipta sajak berunsurkan kemanusian dengan tema politik dan ekonomi. 

Sajaknya yang pertama adalah `Korban Tanahair yang diciptanya pada tahun 1948. Semenjak itu beliau terus menghasilkan banyak puisi yang terkenal antaranya "Pak utih" dan "Suara dari Pusata". kepada yang pengemar puisi tentu ingat dan tahu sajak ini...


Sajak - Pak Utih (Usman Awang)
I

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Usman Awang
1954



Istimewanya buku puisi ini, 30 puisi beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Jarang puisi kita diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris. Kehebatan puisi Usman Awang perlu diberitahu kepada global. M Maka aselain bahasa Inggeris, puisinya telah diterjemahkan di dalam bahasa China, Jepun, Korea, Perancis, Czechoslovakia, Denmark, Tamil, Itali, Rusia dan Thai.

Antara penterjemahnya ialah Dr Jomo K.S, Adibah Amin, Prof dr Muhammad Haji Salleh dan lain-lain.


Saiz buku banding note RM1
Saya sudah tidak mahu menyimpan koleksi buku puisi saya. Pada suatu waktu dahulu puisi menemani diri saya. Sekarang saya berpendapat buku-buku puisi ini harus menemui tuan yang baru, yang boleh memprosakan isinya. Saya akan menjual semua koleksi buku puisi kesayangan saya satu persatu....

SOLD

Jan: Hidupku hilang tema...arahku hilang persoalan....

Buku untuk dijual: Benih Semalu ( A Samad Said)


Wajah Sasterawan negara Pak Samad masa muda


" Benih semalu merupakan cantuman dua kumpulan puisi Benih Harapan (1973) dan daun Semalu Pucuk Paku (1975). Terdapat 45 buah puisi yang terkandung adalah himpunan peristiwa yang menjadi pengalaman dan menyentuh naluri kemanusian penyair. Peristiwa-peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman sebelum perang hinggalah selepas merdeka."

- DBP

Tajuk buku: Benih semalu
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: A Samad Said 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: kedua  (1987)
Bil m/s: 69.
Usia buku: 32 tahun. (2019)
Harga jualan: RM55. (Tidak termasuk pos)









Pak samad di dalam timbunan buku-buku!


Jan: Puisi Pak Samad penuh falsafah...

Buku untuk dijual: Wujud (Suhaimi Haji Muhammad) (SOLD)

Muka depan

SOLD

Tajuk buku: Wujud

Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Suhaimi Haji Muhammad
Terbitan: Tempo Publishing (Kumpulan Syarikat Penerbitan Delta)
Cetakan: Pertama  (1997)
Bil m/s: 293. (tebal jugak gayanya)
Usia buku: 16 tahun. (2013)
Harga jualan: RM35.
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my

Buku ini mengandungi lebih 200 buah puisi yang berunsur ketuhanan dan agama. Saya memang suka membaca puisi ketuhanan dan agama. Walaupun kadang-kadang tidak memahami maksud tersirat saya cuba juga. Saya tak naklah `makan' makanan yang picisan, kena laj uga beri makanan berzat pada minda.

Suhaimi ini adalah digelar penyair sufi dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau juga salah seorang pemenang S.E A Write Award 1995.



Suhaimi haji Muhammad

Wujud, merupakan kumpulan puisi Suhaimi yang ditulis dalam jangka 15 tahun, dari 1980 hingga 1995. Suhaimi secara peribadi menganggap Wujud sebagai sebuah karyanya yang paling penting, yang mengarap hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan tuhannya, dan berbicara tentang hidup-mati dann cinta, dan tentang hidup yang penuh ketenangan dan kedamaian.

Saya petik satu puisi...bertajuk:

Hanya Allah

tiada yang lain
tiada yang kulihat kulihat Allah
tiada yang kudengar kudengar bisikan Allah
tiada yang kupakai kupakai pakaian Allah
tiada yang kucium kucium mawar Allah
tiada yang kuterjemah kuterjemah diri Allah
tiada yang lain kecuali allah
di sini tiada yang berjalan melainkan Allah berjalan
di sini tiada yang bekerja selain Allah bekerja
tiada yang terbang melainkan Allah terbang
di sini tiada yang melihat melainkan allah melihat
tiada yang lain di sini
pabila kulihat laut kulihat Allah
pabila kulihat gunung kulihat Allah
sejauh mana kau melihar?
kau kalau menyaksi seperti aku menyaksi
kau kalau menterjemah seperti aku menterjemah
kau pun pasti takkan ragu pada-Nya
kau pun sampai sesaf aku
kau sama setingkat aku
kalian mandi tak henti-henti sepertiku
kau pun tenggelam dan lemas
sepertiku

daripada m/s:246.

belakang

Buku ini tebal dan banyak puisi syahdu, bolehlah kita membaca sambil tergolek atas katil dan merenungi dinding bilik. Dan bertanya diri dari mana dan hendak ke manakah kita ini? Dan dalam perjalanan yang suci ini adakah kita membuat sesiapa yang parah terluka? Haa...

Jan:... maafkan aku yang tersesat ini, penuh noda menari dalam nanah duka... Ampunilah belaka...

Buku untuk dijual: Cempaka An Anthology



Tajuk buku: CEMPAKA: AN ANTHOLOGY 
Katogeri: Kumpulan puisi
Oleh: Usman Awang 
Prakata: Dato' Haji Jumaat bin Dato' Haji mohd Noor 
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: pertama (1992)
Bil m/s: 167.
Usia buku: 27 tahun. (2019) Kulit Keras.
Harga jualan: RM45. (tidak termasuk pos)