Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Tuesday, December 15, 2020

Bekas sos bunga kangkung, dan hiba saya


1. Lima tahun lepas saya telah membeli 6 biji bekas sos Bunga Kangkung dari blog Ezany. Bekas sos ini adalah untuk melengkapkan koleksi pinggang mangkuk lama (PML) Bunga Kangkung saya. Saya dah ada teko, cawan, pinggang makan, mangkuk, sudu dan piring bujur...

2. Saya juga pernah beli almari lama dari beliau. Almari tersebut kini saya letak pinggang mangkuk Pyrex Chelsea saya. 

3. Saya mula bertambah giat mengumpul PML ini sebagai "keep busy, don't look back" program" saya. Maksud saya dalam sedih dan lara saya mesti ubat hati saya dengan buat banyak perkara yang saya minat. saya kumpul PML dan dan kembali aktif gardening.

4. Saya tidak pergi ke sarang pelacuran...

5. Tetapi tentulah ianya tidak dapat melenyapkan perasaan di dada saya...gerhana dalam hati... Tapi saya tetap mahu mencuba lupakannya sampai hujung nyawa...(pulak)

6. Sekarang saya tidak sabar menunggu bungkusan pos... saya akan susun bekas sos itu di almari macam dalam pameran. Suatu hari nanti saya akan guna.

7. He he he. 

8. Hati saya remuk tak pulik kerana dikhianati, PML cuba hiburkan hati...

No comments:

Post a Comment