Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Thursday, December 17, 2020

Mangkuk corak biru untuk dijual

Lebar



Corak



Chop


cacat





Item: Mangkuk
Corak: Rujuk gambar di atas
Lebar: 6.8 inci
Kuantiti: 1 unit
Harga: RM30 (tak termasuk pos)


 

Mangkuk untuk dijual

Lebar


Corak


Corak


Chop






 Item: Mangkuk
Corak: Rujuk gambar di atas
Lebar: 8 inci
Kuantiti: 1 unit
Harga: RM30 (Tak termasuk pos)

Mangkuk ikan untuk dijual

Corak



Chop




Lebar




 

Item: Mangkuk
Corak: Ikan dan tulisan 
Lebar: 7 inci
Kuantiti: 1 unit
Harga: RM25

Mangkuk Wild Roses untuk dijual

Lebar


Corak


Chop

 

Item: Mangkuk
Corak: Wild Roses
Lebar: 6 inci
Kuantiti: 1 unit
Harga: RM30 (tidak termasuk pos)


Tuesday, December 15, 2020

Bekas sos bunga kangkung, dan hiba saya


1. Lima tahun lepas saya telah membeli 6 biji bekas sos Bunga Kangkung dari blog Ezany. Bekas sos ini adalah untuk melengkapkan koleksi pinggang mangkuk lama (PML) Bunga Kangkung saya. Saya dah ada teko, cawan, pinggang makan, mangkuk, sudu dan piring bujur...

2. Saya juga pernah beli almari lama dari beliau. Almari tersebut kini saya letak pinggang mangkuk Pyrex Chelsea saya. 

3. Saya mula bertambah giat mengumpul PML ini sebagai "keep busy, don't look back" program" saya. Maksud saya dalam sedih dan lara saya mesti ubat hati saya dengan buat banyak perkara yang saya minat. saya kumpul PML dan dan kembali aktif gardening.

4. Saya tidak pergi ke sarang pelacuran...

5. Tetapi tentulah ianya tidak dapat melenyapkan perasaan di dada saya...gerhana dalam hati... Tapi saya tetap mahu mencuba lupakannya sampai hujung nyawa...(pulak)

6. Sekarang saya tidak sabar menunggu bungkusan pos... saya akan susun bekas sos itu di almari macam dalam pameran. Suatu hari nanti saya akan guna.

7. He he he. 

8. Hati saya remuk tak pulik kerana dikhianati, PML cuba hiburkan hati...

Sunday, December 13, 2020

Cawan Marpel untuk dijual







 

Item: cawan
Corak: Marpel 
RM50 satu tak masuk pos
Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024


Monday, December 7, 2020

Twilight series untuk dijual... (Combo)


Imej yang berkaitan

four books

Twilight is a series of four vampire-themed fantasy romance books by Stephenie Meyer. Released between 2005 and 2008, the four books depict Isabella "Bella" Swan, a girl who falls in love with the alluring vampire Edward Cullen.




Jumlah buku: 4 biji
RM50 (Tak termasuk pos)

Sunday, December 6, 2020

Minat saya mengumpul PML

Dari dahulu saya suka PML. Sebab ia nampak cantik dan klasik.

Untuk mengumpul PML ini, saya memerlukan masa yang panjang. Saya sibuk masa dan kekang duit. 

Ada duit pun belum tentu dapat memilikinya kerana penawarannya terhad di pasaran. 

Barang-barang ini semakin sedikit di pasaran sebab semakin ramai mahu membelinya untuk dijadikan sebagai koleksi/hobi. 

Pendek kata semakin ramai yang `main' PML ni.

PML: Ocera Merah Putih

Almari kecil saya sudah penuh, saya ada juga berniat nak beli yang baru. Namun niat itu saya hentikan bila memikirkan kalau ada banyak almari antik, bimbang rumah jadi muzium, he he he.


Jan: Orang lama jiwa baru...

Saturday, December 5, 2020

Kisah piring bujur Ocera Merah Putih


Semasa saya gila PML, sehingga ke Johor saya kembara.

Kepemergian saya ke Johor tersebut membawa saya kepada membelinya satu piring Ocera Merah Putih.

Penjual tu selok beritahu harganya murah berbanding jualan dalam internat. Tetapi saya sudah sedia maklum akan logiknya.

Memang jauh lebih murah kalau beli di pasar karat.

Saya terus sambar dan bila balik rumah saya letak di belakang set teka dan cawan saya. Ocera Merah Putih ini semakin membiak...


Walaupun satu, kukutip jua....(ditulis pada 5/6/2015)

Pink Teaset Baba & Nyonya: Signs of prosperity and longevity

 



Baba dan Nyonya sejarah kita
Warisan murni turun temurun
Tidak menunggu segala lengkap;
Walaupun  satu kukutip jua.


Dalam pencarian Pinggan Mangkuk Lama (PML), saya juga ada mengutip PML-PML yang tidak lengkap. Maksud saya kita mungkin terjumpa cawannya jea, atau pinggangnya jea atau bahagian-bahagian lain.





Antara `kutipan' saya yang berjaya ialah PML Baba dan Nyonya ni. Ia membiak akhirnya. saya tidak tahu sejarah lengkap set ini. Namun saya gembira sebab iannya cantik dan halus. Mengikut kawan saya yang juga minat PML, koleksi ini ada empat warna. Katanya ia melambangkan kemakmuran dalam kehidupan.




Hampir empat tahun, inilah hasil kutipan saya... Kadang-kadang saya hanya jumpa mangkuknya sahaja. Pernah bila saya sampai kat kedai saya tengok sudunya sudah dalam gengaman orang...melepas.

Mungkin ada yang mengatakan hobi ini pelik dan tidak berguna, namun bagi saya ia dapat memenuhi sebahagian perjalanan ini...yang semakin kosong terasa...

Pulak dah...



Pyrex Chelsea 2015: Edit (ditulis pada 23/2/2016)

Orang kata hiaslah kehidupan kita dengan apa yang kita suka. Kelilingkan apa yang kita suka di sekeliling kita. Supaya kita suka akan kehidupan kita (itu yang penting). 

Saya tambah pula satu perkara lagi iaitu jadilah diri kita sendiri. Maksud saya kumpulah apa yang kita suka di sekeliling kita. Janganlah sebab jiran kita kumpul PML, kita yang tak minat ni terus kumpul juga. Itu namanya mangkuk hayung. (tapi mungkin lama-lama kita jadi minat apabila mengumpulnya)

Kini mengumpul PML- Pyrex Chelsea sudah menjadi hobi saya. 

Dulu koleksi Chelsea saya hanya sedikit. Sila lihat almari di bawah. Saya letak koleksi Chelsea paling bawah. Ada empat cawan sahaja.


Gambar 1: Koleksi Pyrex Chelsea paling bawah

Mengumpul PML sudah menjadi aktiviti yang menarik dalam hidup saya. Saya suka menatap PML di almari kaca saya, di atas meja dan di rak saya. PML ada di mana-mana...walaupun di bilik tidur. Haa

Bila lihat saya tersenyum gembira seolah anak teruna desa yang pertama kali mendapat senyuman mesra dari pelayan bar kota yang gedik. Tidak tahu bagaimana saya mahu ceritakan, hanya yang alaminya sahaja memahaminya. Namun saya tidaklah pula ke bar...dan saya bukanlah anak teruna lagi...

Kini koleksi Chelsea saya semakin membiak (sila rujuk gambar 2 di bawah). Saya keluarkan semua PML lain dan penuhinya dengan hanya Chelsea.

Gambar 2: Pyrex Chelsea mendominasikan almari.

Kalau dilihat gambar di atas, koleksi saya masih tidak mencukupi. Contohnya saya hanya mempunyai empat pasang cawan dan piring. Saya masih tidak ada beberapa jenis pinggang mangkuk lagi. Contohnya saya tidak ada mangkuk kecil, bekas kueh bulat kecil, mangkuk saiz besar, mangkuk bujur dan beberapa jenis lagi yang mungkin saya tidak tahu kewujudannya.

Emak saya beritahu pinggang mangkuk kalau tak guna berdosa. Sebenarnya saya juga menggunakan sebahagian dari pyrex ini sebagai kegunaan di dapur. Terutama apabila saya buat rumah terbuka (tapi tertutup).

Saya harap apabila saya mati nanti, PML saya dijaga oleh ahli keluarga yang tahu menghargainya. Namun sekali fikir saya tak perlu fikir apa yang akan terjadi di dunia ini selepas saya mati kerana saya dah mati.

Kan...

Friday, December 4, 2020

Kehadiran PML...


 

Kalau kita suntikan PML (Pingan Mangkuk Lama) dalam susun atur di ruangan rumah, ia nampak menarik dari segi 'kelembutan', tidaklah ruang jadi `keras'. Sama seperti kehadiran rak untu buku-buku kita.

Musim Covid ini, kita mungkin bekerja dari rumah, maka elok kita susunaturkan semula barang-barang. Biar nampak kelainan.


Sudu Bunga Kangkung untuk dijual







 

Item: Sudu Bunga Kangkung

RM20 satu tak masuk pos

( ada 6 biji lagi) 

(tinggal 5 biji sudu lagi) 

 

Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024

Sudu Bunga bakul untuk dijual



 
Item: Bunga Bakul ( tinggal lagi 2 biji sudu)

RM28 satu

Sudu Baba dan Nyonya untuk dijual: Warna merah (banyak kerawang)







 
Item: Sudu Baba dan Nyonya (ada 6 biji sudu)
(tinggal 4 biji sudu)

RM35 satu

Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Sudu Ping Pong untuk dijual: Seluar biru baju hijau




 RM32 sebiji (tidak termasuk pos)
Tinggal lagi 2 biji sahaja


Seluar biru baju hijau

 

Sudu Ping Pong untuk dijual: Seluar hijau baju putih

 RM28 sebiji (tidak termasuk pos)


Seluar Hijau baju putih

Sudu Baba dan Nyonya untuk dijual: Warna kuning

 


Item: Sudu Baba dab Nyonya (tinggal lagi 4 biji sudu)

RM35 satu

Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Belakang sudu berchop Made in China

Thursday, December 3, 2020

Cawan Pyrex Autum Glory untuk dijual

Saya berniat mahu menjual lebihan sepasang cawan Pyrex Autum Glory. Mungkin ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka. 


Koleksi Jankaulu

Untuk dijual


Item: Sepasang cawan
Corak: Autum Glory
Made in the 1960's
RM89.95 satu tak masuk pos
Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024