Selamat Datang

Selamat Datang,

Salam sejahtera,

Blog KOLEKSI JANKAULU adalah blog menceritakan hobi saya, cerita barang-barang peribadi koleksi yang saya kumpul. Barang-barang tersebut adalah seperti buku-buku, Pinggan Mangkul Lama (PML), barang perhiasan, dan apa sahaja.

Koleksi saya tidaklah hebat. Ada serba sedikit, biasa-biasa sahaja. Dan ada di antara koleksi tersebut, saya mahu lepaskan atas sebab-sebab tertentu. Kepada yang berminat boleh wasap 019 9200274.

Komunikasi mungkin akan memakan sedikit masa kerana tidak setiap hari membuka blog ini. Kesabaran amat diperlukan...


Terima kasih.

Total Pageviews

Friday, December 4, 2020

Kehadiran PML...


 

Kalau kita suntikan PML (Pingan Mangkuk Lama) dalam susun atur di ruangan rumah, ia nampak menarik dari segi 'kelembutan', tidaklah ruang jadi `keras'. Sama seperti kehadiran rak untu buku-buku kita.

Musim Covid ini, kita mungkin bekerja dari rumah, maka elok kita susunaturkan semula barang-barang. Biar nampak kelainan.


Sudu Bunga Kangkung untuk dijual







 

Item: Sudu Bunga Kangkung

RM20 satu tak masuk pos

( ada 6 biji lagi) 

(tinggal 5 biji sudu lagi) 

 

Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024

Sudu Bunga bakul untuk dijual



 
Item: Bunga Bakul ( tinggal lagi 2 biji sudu)

RM28 satu

Sudu Baba dan Nyonya untuk dijual: Warna merah (banyak kerawang)







 
Item: Sudu Baba dan Nyonya (ada 6 biji sudu)
(tinggal 4 biji sudu)

RM35 satu

Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Sudu Ping Pong untuk dijual: Seluar biru baju hijau




 RM32 sebiji (tidak termasuk pos)
Tinggal lagi 2 biji sahaja


Seluar biru baju hijau

 

Sudu Ping Pong untuk dijual: Seluar hijau baju putih

 RM28 sebiji (tidak termasuk pos)


Seluar Hijau baju putih

Sudu Baba dan Nyonya untuk dijual: Warna kuning

 


Item: Sudu Baba dab Nyonya (tinggal lagi 4 biji sudu)

RM35 satu

Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Belakang sudu berchop Made in China

Thursday, December 3, 2020

Cawan Pyrex Autum Glory untuk dijual

Saya berniat mahu menjual lebihan sepasang cawan Pyrex Autum Glory. Mungkin ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka. 


Koleksi Jankaulu

Untuk dijual


Item: Sepasang cawan
Corak: Autum Glory
Made in the 1960's
RM89.95 satu tak masuk pos
Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024


 

Monday, October 21, 2019

Piring untuk dijual: Baba dan Nyonya Kuning


RM28 satu



Pada mulanya saya berhajat untuk menyimpan koleksi Baba dan Nyonya  Kuning ini. Namun akibat kesuntukan masa dan dan kesibukan. Saya berhajat menjualnya.

Saya mahu fokus kepada koleksi Baba dan Nyonya Kuning sahaja.


Bandingan saiz dengan sudu dan bekas telor

Sunday, March 27, 2016

Sangeetha novel for sale, Azizi Abdullah (SOLD)





 Tajuk buku: Sangeetha
Penulis: Azizi Haji Abdullah
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun: 2006 ( NOS, usia buku 13 tahun)
Cetakan: Cetakan pertama
Mukasurat: 561 helai
Lain-lain: Tema  percintaan yang jarang, iaitu cinta wargaemas berbangsa India dengan Melayu...
Harga: RM45






Wednesday, March 23, 2016

`The Morning Post' novel by A Samad Said for sale



Tajuk buku: The Morning Post
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun: 2006 (usia buku 15 tahun, NOS)
Cetakan: Cetakan kedua
Mukasurat: 656 helai
Lain-lain: Penulis adalah sasterawan negara ke 4 (1985)
Harga: RM150


Saya pernah membaca novel `Hujan Pagi' dalam bahasa Melayu semasa saya belajar di Universiti Malaya awal tahun 90an. Namun tidak selesai. Novel ini memerlukan pembaca yang rajin. Dan pada masa tersebut saya hanya rajin membaca buku teks ekonomi, untuk mendapatkan kesarjanaan dalam bidangannya.

Novel ini saya katogerikan sebagai novel `berat' kerana ia memerlukan daya penakkulan yang tinggi dan temanya serius. Ia bukanlah makanan kepada pembaca biasa tetapi kepada pembaca luarbiasa. Oleh kerana luarbiasanyalah ia diterjemahkan kepada bahasa `rasmi dunia, iaitu bahasa inggeris.

Novel-novel A Samad Said bukanlah novel-novel biasa yang berlambak di pasaran, novel beliau menelanjangi kehidupan sebenar masyarakat kita merangkumi/merekod cerita jenis serius dan banyak mengandungi pengajaran moral bagi yang berfikir. 

Karya yang banyak merakam persekitaran budaya dan sejarah masa lampau.



Ramai pengiat seni dan pencinta novel berpendapat novel ini adalah novel terbaik Pak Samad. Ia jauh lebih baik daripada novel `salina' yang terkenal itu. Bacalah novel ini untuk menilai pendapat tersebut...

Novel a Samad Said mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Maksud saya semakin kita simpan semakin lama ia mempunyai nilai wang yang semakin berganda. Pernah novel beliau dijual sehingga beratus ringgit harganya berdasarkan tahun dan cetakan pertama.


Hujan Pagi mengisahkan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar pada zaman sekarang. Ia bukannya cerita tema cinta mencari kekasih atau sewaktu dengannya.

Ada blog yang memberikan pandangan yang bernas mengenai buku ini:





Image result for a samad said sasterawan negara
Add caption

Saya berharap peminat sastera tegar boleh dapatkan buku ini.

Sekian terima kasih

Tuesday, March 22, 2016

Bulan dan Mentari - Zaharah Nawawi - untuk dijual



Tajuk buku: Bulan dan Mentari
Penulis: Zaharah Nawawi
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun: 2007 (usia buku  9 tahun)
Cetakan: Cetakan pertama
Mukasurat: 561 helai

Lain-lain: Novel ini memenangi hadiah saguhati Sayenbara mengarang Novel  Sempena perayaan Jubli emas DBP.



Harga jualan: RM30 (tidak termasuk pos)
Sebarang pertanyaan: jankaulu@yahoo.com.my